Forum In-Christ.Net
Welcome, Guest. Please login or register.
March 29, 2024, 09:54:46 AM

Login with username, password and session length
Search:     Advanced search
Dear In-Christ.Netters, pengkategorian forum ICN mulai Juni 2015 telah dirombak. Beberapa board kini telah disatukan untuk meningkatkan efektivitas dan kenyamanan dalam menjelajahi dan berpartisipasi di forum ini.

Silakan berikan masukan/saran bagi kemajuan forum ini di http://www.in-christ.net/forum/index.php/board,3.0.html
2910 Posts in 832 Topics by 4096 Members
Latest Member: JeorgeSmith
* Home Help Search Login Register
+  Forum In-Christ.Net
|-+  Teologi
| |-+  Teologi (Moderators: ayub, amidya)
| | |-+  Permasalahan ayat Keluaran 6:20 dalam bible kristian
0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: Permasalahan ayat Keluaran 6:20 dalam bible kristian  (Read 2348 times)
erusi
Lahir baru
*

Karma: 1
Offline Offline

Posts: 43


View Profile
« on: September 12, 2012, 10:31:04 PM »

Lagi kesalahan dalam catatan bible kristian itu. Kali ini kita lihat pada catatan anak-anak Amram dan juga umur Amram pada ayat Keluaran (Exodus) 6:20.

Jika kita lihat dalam link http://mlbible.com/exodus/6-20.htm , kita dapati semua kitab bible terjemahan kristian pada ayat Keluaran 6:20 menyebutkan Aaron (Harun) dan Moses (Musa) sebagai anak Amram dan juga menyatakan bahawa umur Amram pada ayat tersebut adalah 137 tahun. Lihat di bawah beberapa terjemahan bible kristian bagi ayat Keluaran (Exodus) 6:20 itu.

New American Standard Bible (1995)
Amram married his father's sister Jochebed, and she bore him Aaron and Moses; and the length of Amram's life was one hundred and thirty-seven years.

Indonesian - Terjemahan Baru (TB)
Dan Amram mengambil Yokhebed, saudara ayahnya, menjadi isterinya, dan perempuan ini melahirkan Harun dan Musa baginya. Umur Amram seratus tiga puluh tujuh tahun.

World English Bible
Amram took Jochebed his father's sister to himself as wife; and she bore him Aaron and Moses: and the years of the life of Amram were a hundred and thirty-seven years.

Justeru tiada sebarang permasalahan jika kita hanya melihat dalam kitab-kitab terjemahan. Namun begitu mari kita lihat dengan lebih lanjut iaitu kita lihat dalam manuskript bible itu sendiri.

Keluaran 6:20 dalam Kitab Hebrew 
Jika kita lihat dalam  link http://biblos.com/exodus/6-20.htm , maka kita menemukan kitab Hebrew bagi ayat Keluaran 6:20 seperti di bawah.


וַיִּקַּ֨ח took
עַמְרָ֜ם Amram
אֶת־ -
יוֹכֶ֤בֶד Jochebed
דֹּֽדָתוֹ֙ his father's
ל֣וֹ -
לְאִשָּׁ֔ה to wife
וַתֵּ֣לֶד bore
ל֔וֹ -
אֶֽת־ -
אַהֲרֹ֖ן Aaron
וְאֶת־ -
מֹשֶׁ֑ה and Moses
וּשְׁנֵי֙ and the length
חַיֵּ֣י of the life
עַמְרָ֔ם of Amram
שֶׁ֧בַע and seven
וּשְׁלֹשִׁ֛ים and thirty
וּמְאַ֖ת hundred
שָׁנָֽה׃ years


Justeru di dalam kitab Hebrew, pada ayat Keluaran (Exodus) 6:20, nama anak Amram yang disebut adalah Harun dan Musa dan umur Amram adalah 137 tahun. Pada link yang sama itu juga dinyatakan terjemahan bible versi KJV iaitu

KJV with Strong's
And Amram took him Jochebed his father's sister to wife and she bare him Aaron and Moses and the years of the life of Amram were an hundred and thirty and seven years

Keluaran 6:20 dalam kitab Greek
Jika kita lihat dalam link http://www.ellopos.net/elpenor/greek-texts/septuagint/chapter.asp?book=2&page=6 , maka kita menemukan kitab Greek Septuaginta bagi ayat Keluaran 6:20 seperti di bawah.
 

καὶ ἔλαβεν ᾿Αμβρὰμ τὴν ᾿Ιωχαβὲδ θυγατέρα τοῦ ἀδελφοῦ τοῦ πατρὸς αὐτοῦ ἑαυτῷ εἰς γυναῖκα, καὶ ἐγέννησεν αὐτῷ τόν τε ᾿Ααρὼν καὶ τὸν Μωυσῆν καὶ Μαριὰμ τὴν ἀδελφὴν αὐτῶν· τὰ δὲ ἔτη τῆς ζωῆς ᾿Αμβρὰμ ἑκατὸν τριακονταδύο ἔτη.


Di dalam link yang sama, kita juga akan dapat melihat terjemahan Inggeris berdasarkan kitab septuaginta Greek itu iaitu,

And Ambram took to wife Jochabed the daughter of his father's brother, and she bore to him both Aaron and Moses, and Mariam their sister: and the years of the life of Ambram were a hundred and thirty-two years.

Justeru jika dilihat dalam kitab Greek Septuaginta, pada ayat Keluaran (Exodus) 6:20 itu adalah tiga anak Amram yang disebut iaitu Harun, Musa dan Miriam, dan juga umur bagi Amram adalah 132 tahun.
Lihat semula tulisan Greek itu,

Μαριὰμ = Miriam
τριακονταδύο = thirty-two

Justeru perbezaan antara Septuaginta Greek dibandingkan dengan kitab Hebrew adalah terdapatnya pertambahan pernyataan Miriam yang juga disebut anak Amram di samping Harun dan Musa dan juga umur Amram di mana Septuaginta menyebutkan 132 tahun manakala Kitab Hebrew menyebutkan 137 tahun. Justeru versi mana yang menyamai autographnya???

Kita lihat ayat keluaran (Exodus) 6:20 pada satu lagi kitab Greek iaitu Apostolic Bible Polyglot di link http://apostolic.interlinearbible.org/exodus/6.htm di bawah.


και έλαβεν Αμβράμ την Ιωχαβέδ θυγατέρα του αδελφού
And Amram took Jochebed daughter of the brother

του πατρός αυτού εαυτώ εις γυναίκα και εγέννησεν αυτώ
of his father to himself for a wife. And she bore to him

τον τε Ααρών και Μωυσήν και Μαριάμ την αδελφήν αυτών
also Aaron, and Moses, And Miriam their sister.

τα δε έτη της Αμβράμ εκατόν τριακονταεπτά έτη
And the years life of Amram - a hundred thirty-seven years.


Justeru kitab Greek Apostolic Bible Polyglot bertepatan dengan Septuaginta dalam menyebutkan Miriam sebagai anak Amram di samping Harun dan Musa, namun ini tidak pula bertepatan dengan kitab Hebrew kerana kitab Hebrew tiada menyebutkan Miriam sebagai anak Amram. Dari segi umur Amram pula kitab Apostolic Bible Polyglot ini bertepatan dengan Kitab Hebrew iaitu menyebutkan 137 tahun tetapi ianya tidak menepati Septuaginta kerana Septuaginta Greek menyebutkan 132 tahun sebagai umur Amram.
Justeru persoalannya adalah versi mana yang menyamai autographnya?? Dipersilakan untuk mengemukakan penjelasan dan pembuktiannya.
« Last Edit: September 12, 2012, 10:41:09 PM by erusi » Logged
Newman
Lahir baru
*

Karma: 0
Offline Offline

Posts: 25



View Profile
« Reply #1 on: September 15, 2012, 04:01:44 AM »

Pertanyaan dalam kategori perbedaan antar manuskrip Alkitab, yg sifatnya non doktrinal, jawabannya dapat dibaca di;
http://www.in-christ.net/forum/index.php?topic=150.0
dan di;
http://www.in-christ.net/forum/index.php?topic=389.0
Logged
Pages: [1] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.8 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.059 seconds with 17 queries.